Thursday, July 2, 2009

PENUTUP

Sebagaimana yang kita tahu, tumbuh-tumbuhan amat berguna kepada manusia terutamanya tumbuhan herba. Herba amat bernilai di dalam bidang perubatan. Ini kerana telah terbukti bahawa herba amat berkesan dalam merawat penyakit. Kini, herba telah digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang perubatan tidak kira sama ada untuk rawatan kecantikan atau rawatan penyakit. Herba sangat mudah didapati. Herba boleh didapati di farmasi-farmasi atau di pasaraya. Cara penyediaan herba juga amat mudah dan senang disediakan. Oleh itu, tidak menjadi masalah kepada kita jika hendak menggunakan herba untuk rawatan. Selain itu, penyelaras pembangunan perubatan tradisional juga penting.Setakat ini, perubatan moden dan herba tidak bekerjasama. Oleh itu, suatu badan penyelaras penyelidikan perlu ditubuhkan seperti Persatuan Perubatan Tradisional, FRIM, Persatuan Herba Malaysia, MARDI, dan sebagainya. Mereka dapat menjalankan aktiviti penyelidikan bersama-sama dan kerjasama ini akan membawa perubatan tradisional kita ke tahap kemajuan yang lebih tinggi.

LANGKAH MEMAJUKAN HERBA

Amalan perubatan tradisional sudah menjadi suatu budaya sejak zaman silam. Amalan ini harus dikembangkan. Penyelidikan dalam bidang perubatan tradisional juga perlu dipesatkan. Perubatan herba masih kurang diselidik. Keberkesanan ubat herba hanya mengikut kepercayaan dan bukannya daripada hasil kajian saintifik. Oleh yang demikian, kajian herba dan fauna harus dijalankan oleh ahli farmakologi dan ahli botani. Preskripsi ubat tradisional juga perlu dikaji. Herba-herba yang digunakan seperti tapak dara, kemuning cina, misai kucing dan tongkat ali, dianalisis serta dikaji. Kemudian hasil kajian itu boleh dikumpukan dan disebarkan. Cara ini akan meningkatkan keberkesanan dan keselamatan herba. Penyerapan teknologi moden dalam penghasilan ubat juga penting. Di negara-negara Barat, ubat untuk leukemia malaria(kuinin) dan sebagainya dihasilkan dengan cara tradisional. Banyak herba dimasak bersama-sama dan ramuan itu disapu atau dimakan oleh pesakit. Oleh itu, kaedah pengeluaran herba harus dimodenkan. Ujian kuantitatif, pemisahan juzuk kimia dan mengeluarkan ekstrak perlu dimodenkan. Ubat herba harus dihasilkan dalam bentuk ubat cecair, kapsul dan pil. Dengan itu, perubatan herba dapat dikembangkan.

POTENSI HERBA

Tanaman herba bermula sebagai kebun di belakang rumah untuk tujuan kegunaan harian dan berkembang menjadi taman herba yang kecil untuk kegunaan khasiat perubatan. Di Malaysia, taman-taman herba kebanyakan pusat penyelidikan seperti di MARDI, FRIM,UPM dan Rimba Ilmu di Universiti Malaysia. Kerajaan negeri seperti Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut mengambil inisiatif dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan herba dan kegunaan tradisi dengan membina taman herba untuk dikunjungi oleh orang ramai. Adalah amat membanggakan juga didapati banyak sekolah turut mewujudkan taman herba di kawasan sekolah mereka sebagai salah satu aktiviti pelajaran. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi di negara ini. Persekitaran yang sesuai perlu diaptasikan untuk menanam tumbuhan herba sebagai tumbuhan hiasan terutamanya di kawasan bandar yang persekitarannya amat jauh berbeza daripada sistem - eko perhutanan asal.

JENIS-JENIS HERBA

















Malaysia amat kaya dengan flora yang cantik yang perlu dikekalkan agar


ianya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Kepakaran herba alam



dan resepi menjadi rahsia sejak berkurun lamanya. Ianya perlu



penerokaan agar terbukti hasilnya dan dijadikan amalan harian sama


ada dalam bidang pemakanan , perubatan , dan hiasan. Berikut adalah


beberapa jenis-jenis herba, keterangan dan kegunaannya.







BAYAM


NAMA SAINTIFIK : AMARANTHUS TRICOLOR L.
FAMILI : AMARANTHACEAE
TABURAN : SELURUH DUNIA
ASAL : ASIA TENGGARA
KATEGORI : SAYURAN

KETERANGAN

Bayam adalah sejenis sayuran yang mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang sedap. Bayam terdiri daripada beberapa variasi yang selalunya dibezakan oleh warna daun. Jenis yang biasa dijumpai adalah Bayam Putih atau Amaranthus Viridis dan Bayam Merah atau Amaranthus Gangeticus Hort.Malah, legenda Melayu seperti Raja Bersiung juga menyatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja Bersiung.Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa dijumpai iaitu Bayam Merah dan Bayam Hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.


KEGUNAANNYA

Bayam baik bagi kesihatan dan membantu mengekalkan kesihatan mata. Komposisi zat dalam sayuran bayam terdiri daripada tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serabut, abu, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium, beta karotena, vitamin B1, vitamin B2, niasin dan vitamin C. Bayam juga bagus bagi kesihatan kulit. Jusnya dapat membantu pesakit anemia kerana ia mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Akar bayam juga dapat digunakan bagi menghentikan pendarahan.




BEBUAS

NAMA SAINTIFIK : PREMNA FOETIDA REINW
FAMILI : VERBENACEAE
TABURAN : ASIA TENGGARA
ASAL : ASIA TENGGARA
KATEGORI : TUMBUHAN LIAR


KETERANGAN

Bebuas adalah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak ditanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu kerana rasanya yang pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain dijadikan ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga dapat dijadikan kerabu. Bebuas adalah tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur apabila mendapat cahaya matahari dan air yang cukup.



KEGUNAANNYA

Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat apabila dimakan mentah. Angin dalam badan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang. lenguh-lenguh sendi dan kembung perut. Secara tidak langsung, amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah berkenaan. Air rebusan pucuk bebuas pula menolong mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.




BUNGA LAWANG

NAMA SAINTIFIK : ILLICIUM VERUM HOOKER FILL.
FAMILI : ILLICIACEAE ATAU MAGNOLIACEAE
TABURAN : INDIA, PAKISTAN DAN BANGLADESH
ASAL : INDIA
KATEGORI : REMPAH


KETERANGAN

Bunga Lawang adalah antara rempah yang popular. Nama Cina bagi Bunga Lawang adalah Bat Gok dan Ba Jiao yang membawa maksud segi lapan atau oktagon. Ini bersesuaian dengan bentuk Bunga Lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga Lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun ke-17 dan mula popular semenjak itu. Minyak yang terhasil daripada proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman. Bunga Lawang sebenarnya bukan bunga sebaliknya buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya mencapai sehingga lapan meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.



KEGUNAANNYA

Bunga Lawang dijadikan rempah menyedapkan makanan sama seperti Kulit Kayu Manis dan Bunga Cengkih. Bagi kegunaan perubatan, di Asia ia digunakan bagi mengubati angin dalam perut atau kolik dan reumatoid atau sakit sendi. Ia juga biasa dijadikan perasa pelbagai jenis teh. Teh daripada Bunga Lawang juga dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga dapat mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu yang mengandung.





CEMPAKA TELUR

NAMA SAINTIFIK : MICHELIA PUMILA
FAMILI : MAGNOLIACEAE
TABURAN : KAWASAN TROPIKA
ASAL : TUMBUHAN HIASAN


KETERANGAN

Cempaka Telur adalah variasi cempaka yang jarang ditanam. Ia mempunyai batang berkayu dan membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau wangi terutamanya pada waktu malam. Ia mencapai ketinggian antara tiga hingga enam kaki. Apabila ditanam di dalam pasu, ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.



KEGUNAANNYA

Bunganya dapat digunakan bagi mengubati keputihan, batuk berkahak,insomnia dan kecederaan traumatik. Bunganya yang berbau harum juga menghilangkan tekanan dan dapat menenangkan fikiran. Ia juga digunakan dalam ramuan bunga rampai kerana baunya yang harum.




CEMUMAR

NAMA SAINTIFIK : MICROMELUM PUBESCENS
FAMILI : RUTACEAE
TABURAN : KAWASAN TROPIKA
ASAL : TUMBUHAN TEMPATAN
KATEGORI : TUMBUHAN LIAR



KETERANGAN

Cemumar biasa dijadikan ulam dalam makanan harian masyarakat Melayu terutamanya di kawasan utara seperti Perlis dan Kedah. Daunnya mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung. Sesetengah kepercayaan masyarakat Melayu menyatakan baunya yang kuat digunakan bau menghalau hantu. Tergolong dalam keluarga yang sama dengan daun Kari, Cemumur mempunyai daun yang seakan sama dengan daun kari tetapi saiz daunnya lebih besar. Daun ini panas dan biasa digunakan bagi mempercepatkan proses pmeraman buah-buahan seperti nangka, cempedak dan pisang.



KEGUNAANNYA

Cemumar dikatakan mempunyai khasiat tenaga batin apabila pemakanan sebagai ulam diamalkan. Ini disebabkan oleh sifatnya yang panas dan ia juga dapat membantu melacarkan pengaliran darah. Namun, pengambilan tumbuhan ini perlu dilakukan dalam kuantiti yang sederhana kerana ia terlalu panas.




Selain itu, terdapat beberapa kategori herba yang lain seperti :-


  • Herba Hiasan

  • Herba Berkhasiat

  • Herba Beracun


1) HERBA HIASAN


- Herba hiasan memainkan peranan penting sebagai penyaman udara ditempat terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Herba hiasan ini boleh di tanam di taman perumahan, perkarangan bangunan, hotel, pinggir jalan, taman rekreasi dan pusat peranginan bagi memberikan keindahan, kedamaian dan ketenangan yang tersendiri untuk mempengaruhi ketenangan manusia. Ciri-ciri tumbuhan herba hiasan yang biasa dipilih untuk menjadi elemen dalam taman hiasan seperti bunga menarik, beraroma, bentuk daun dan bunga atau bunga warna daun dan bunga. Antara tumbuhan herba yang sering dijadikan taman hiasan :-



  • AKAR DANI

  • BUNGA BINTANG

  • KEMUNTING CINA

  • LANTANA

  • PORTULACA

  • SESUDU

  • KESIDANG

  • LILIPAN

  • KENANGA

  • MELOR


2) HERBA BERKHASIAT


- Herba tempatan sebenarnya terlalu banyak khasiat yang tersembunyi. Siapa sangka pokok tempatan seperti pokok Tapak Sulaiman amat mujarab untuk merawat penyakit sifilis. Untuk penawar barah, carilah pokok Temesu. Setiap penyakit di dunia ini ada juga penawarnya dari sumber tumbuhan herba. Berikut adalah beberapa jenis herba dan khasiatnya.



  • BELUNTAS - boleh dibuat sebagai ulam dan dapat membantu menghilangkan sengal-sengal tulang serta sakit pinggang.



  • PANDAN - rambut akan menjadi bersih, lebat dan di samping itu dapat menyejukkan kepala.



  • LILIPAN - getah lilipan di bahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah dan mengurangkan pembengkak bisul.


3) HERBA BERACUN


- Kebanyakan pokok tempatan berasal dari hutan rimba yang dibiakkan secara komersial. Kecantikan pokok ini memang tidak dapat dinafikan namun pengguna terutama yang mempunyai anak kecil di rumah mungkin beracun dan boleh mendatangkan kemudaratan. Berikut adalah beberapa jenis herba beracun dan keterangannya :-



  • BINTANGUR LAUT - keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan, getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.



  • BAKUNG - gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.



  • SERI PAGI - bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan.



  • KEMUNTING CINA - daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.













KONSEP TUMBUHAN HERBA

Industri herba merupakan satu industri yang berkembang pesat di Malaysia. Kebanyakan tumbuhan ubatan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk herba secara komersial masih lagi diambil dari hutan. Kaedah pengutipan tanaman ubatan liar yang berlebihan akan menyebabkan masalah kepupusan spesis. Tambahan pula, terdapat laporan yang menyatakan kandungan bahan aktif dalam tumbuhan liar didapati berbeza dalam sesuatu spesis dan ianya dipengaruhi oleh lokasi pokok dan iklim. Pada hari ini, banyak tumbuhan yang digunakan dalam perubatan herba tradisional dikaji secara klinikal dan saintifik. Antaranya, Hempedu Bumi yang banyak dikomersialkan sebagai penawar kepada penyakit seperti kencing manis. Tongkat Ali juga dikomersialkan kerana fungsinya sebagai afrodisiak yang berkesan setanding dengan ubatan moden seperti Viagra. Ia juga mempunyai khasiat mengubat penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, malaria dan penyakit dropsi atau busung yang disebabkan oleh masalah jantung. Misai Kucing pula sudah lama diperkenalkan sebagai teh di Eropah semenjak kurun ke-20 kerana khasiatnya sebagai pelawas kencing.