Thursday, July 2, 2009

KONSEP TUMBUHAN HERBA

Industri herba merupakan satu industri yang berkembang pesat di Malaysia. Kebanyakan tumbuhan ubatan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk herba secara komersial masih lagi diambil dari hutan. Kaedah pengutipan tanaman ubatan liar yang berlebihan akan menyebabkan masalah kepupusan spesis. Tambahan pula, terdapat laporan yang menyatakan kandungan bahan aktif dalam tumbuhan liar didapati berbeza dalam sesuatu spesis dan ianya dipengaruhi oleh lokasi pokok dan iklim. Pada hari ini, banyak tumbuhan yang digunakan dalam perubatan herba tradisional dikaji secara klinikal dan saintifik. Antaranya, Hempedu Bumi yang banyak dikomersialkan sebagai penawar kepada penyakit seperti kencing manis. Tongkat Ali juga dikomersialkan kerana fungsinya sebagai afrodisiak yang berkesan setanding dengan ubatan moden seperti Viagra. Ia juga mempunyai khasiat mengubat penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, malaria dan penyakit dropsi atau busung yang disebabkan oleh masalah jantung. Misai Kucing pula sudah lama diperkenalkan sebagai teh di Eropah semenjak kurun ke-20 kerana khasiatnya sebagai pelawas kencing.

No comments:

Post a Comment