Thursday, July 2, 2009

POTENSI HERBA

Tanaman herba bermula sebagai kebun di belakang rumah untuk tujuan kegunaan harian dan berkembang menjadi taman herba yang kecil untuk kegunaan khasiat perubatan. Di Malaysia, taman-taman herba kebanyakan pusat penyelidikan seperti di MARDI, FRIM,UPM dan Rimba Ilmu di Universiti Malaysia. Kerajaan negeri seperti Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut mengambil inisiatif dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan herba dan kegunaan tradisi dengan membina taman herba untuk dikunjungi oleh orang ramai. Adalah amat membanggakan juga didapati banyak sekolah turut mewujudkan taman herba di kawasan sekolah mereka sebagai salah satu aktiviti pelajaran. Keindahan landskap akan lebih menarik jika tumbuhan hiasan turut diselang-selikan dengan tumbuhan aromatik dan herba sebagai salah satu identiti yang mempunyai nilai eksotik untuk menunjukkan kekayaan sumber alam semulajadi di negara ini. Persekitaran yang sesuai perlu diaptasikan untuk menanam tumbuhan herba sebagai tumbuhan hiasan terutamanya di kawasan bandar yang persekitarannya amat jauh berbeza daripada sistem - eko perhutanan asal.

No comments:

Post a Comment